Saturday, 3 October 2015

Lawatan ke taman burung jurong

Pada bulan Jun yang lalu, pelajar-pelajar menengah 4 mengunjung taman burung jurong yang dianjurkan oleh guru-guru kami. Dengan itu kami dikehendaki untuk menyiapkan blog ini.

Kami dikehendaki untuk melaporkan diri di sekolah pada jam 8 pagi dan kami ke sana dengan menaiki bas. Manakala untuk mereka yang tinggal berdekatan pula harus berada di Taman b Burung Jurong pada 9 pagi. Kemudian setelah kesemua pelajar tiba, kami diberikan taklimat oleh guru kami, Cikgu Azam, tentang jadual hari tersebut. Kami diarahkan untuk petik sebanyak gambar yang mungkin sepanjang perjalanan kami di taman jurong itu.

    


http://seesingaporepass.iventurecard.com/wp-content/uploads/2012/10/jurong-park-336x160.jpghttp://www.lokopoko.travel/wp-content/uploads/2015/09/jurong-birdpark_2.jpg






Kami melawati pelbagai pameran tetapi yang menarik perhatian kami adalah pameran Riverline dan The World of Darkness.


http://www.birdpark.com.sg/images/exhibits/img-riverine-03.jpghttp://www.birdpark.com.sg/images/exhibits/img-wdarkness-04.jpg
Di pameran Riverline, terdapat pelbagai jenis burung yang menunjuk bakat menyelam mereka seperti itik dan angsa. Kejadian ini dipamerkan di sungai yang indah dan tenang. Selain daripada menyelam, burung-burung ini juga menunjukkan bakat meluncur mereka. Kami telah mendapat banyak informasi tentang burung-burung akuatik ini. Burung-burung ini juga seperti manusia dimana mereka  harus menyesuaikan diri di tempat baru.


http://www.birdpark.com.sg/images/exhibits/img-riverine-02.jpg



Di pameran World of Darkness, terdapat pelbagai jenis burung hantu seperti burung hantu salji, burung hantubikan melayu dan juga burung hantu boobook. Di pameran ini burung hantu yang menarik perhatian kami adalah burung hantu salji kerana teksturnya dan matanya yang menawan. Kami mempelajari bahawasanya mereka mempunyai penglihatan binokular dan juga pengdengaran yang luar biasa. Mereka adalah pemangsa pada waktu malam. Disebabkan itu mereka boleh dengar mangsa mereka daripada jauh, walaupun hanya binatang yang kecil. Manusia sendiri tidak mempunyai pendengaran yang luar biasa ini. Burung hantu ini akan bangun ketika kami sedang tidur dan, sedang kami sibuk bekerja giliran mereka pulanuntuk rehat.



http://www.birdpark.com.sg/images/exhibits/img-wdarkness-03.jpg





Bukan itu sahaja,  kami turut melawati acara 'Shows and Feeding'. Acara tersebut mempunyai waktu-waktu yang tertentu kerana binatang-binatang disana seperti burung-burung yang ganas harus dibelai seperti memberikan mereka makanan ataupun 'hadiah' supaya mereka tidak akan merosakkan acara tersebut. Juga, mereka harus melatih binatang tersebut supaya acara tersebut akan dijalan dengan lancar sekali.Sebelum acara itu dimulakan, hos telah memberikan syarat-syarat dan peraturan semasa acara itu dijalankan supaya tidak mengganggu binatang dan penonton yang lain ,seperti, tidak  boleh memberikan makanan kepada binatang-binatang disana dan senentiasa berada dalam keadaan berduduk supaya dapat mengelakkan dari kecederaan dan sebagainya.

http://www.birdpark.com.sg/images/shows-feedings/img-hflyers-0.jpghttp://www.birdpark.com.sg/images/shows-feedings/img-hflyers-1.jpg
http://www.birdpark.com.sg/images/shows-feedings/img-hflyers-4.jpg

Selepas tamatnya acara tersebut,  kami hanya berjalan-jalan dan mengambil gambar supaya menjadi kenangan. Bahkan tetapi, semasa  waktu itu, kami mendapati ada suatu tempat yang telah menarik perhatian kami juga. Ia adalah
‘Flamingo Lake’ atau ‘ Flamingo Pool’. Ia telah menarik perhatian kami kerana burung  tersebut adalah seekor burung yang sungguh unik dari segi warna badannya, strukturnya iaitu kakinya panjang, mulutnya muncung panjang badannya berwarna merah jambu dan bermacam-macam lagi. Palingm menarik ialah apabila ada yang sedang berasmara dana iaitu mereka akan membuat bentuk hati antara mereka sendiri .


http://vagabondkids.com/wp-content/uploads/2011/03/Jurong-Bird-Park.jpg




Akhir sekali, kami percaya tempat seperti taman haiwan juga adalah salah satu tempat yang baik untuk pelajaran. Ini kerana taman haiwan mempunyai pelbagai jenis haiwan, daripada yang kecil hinggalah yang besar. Tidak seperti taman burung jurong di mana kami hanya mempelajari tentang burung-burung sahaja dan bukan haiwan lain seperti harimau dan buaya.
Seperti yang dikatakan, kami berasa gembira amat jika kami diberi peluang untuk ke tempat lain seperti taman haiwan ini untuk mempelajari banyak informasi yang baru tentang haiwan-haiwan ini. Kami tentu akan berfikiran luas tentang mereka dan menyayangi mereka seperti haiwan-haiwan pelihara(kucing) bukan membenci mereka.

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/50/Singapore_Zoo_entrance-15Feb2010.jpghttps://wrscomsg.files.wordpress.com/2015/03/image-3_pasha-the-white-tiger-wrs.jpg



TERIMA KASIH ^^