Pada bulan Jun yang lalu, pelajar-pelajar menengah 4 mengunjung
taman burung jurong yang dianjurkan oleh guru-guru kami. Dengan itu kami
dikehendaki untuk menyiapkan blog ini.
Kami dikehendaki untuk melaporkan diri di
sekolah pada jam 8 pagi dan kami ke sana dengan menaiki bas. Manakala untuk
mereka yang tinggal berdekatan pula harus berada di Taman b Burung Jurong pada
9 pagi. Kemudian setelah kesemua pelajar tiba, kami diberikan taklimat oleh
guru kami, Cikgu Azam, tentang jadual hari tersebut. Kami diarahkan untuk petik
sebanyak gambar yang mungkin sepanjang perjalanan kami di taman jurong itu.
Kami melawati pelbagai pameran tetapi yang
menarik perhatian kami adalah pameran Riverline dan The World of Darkness.
Di pameran Riverline, terdapat pelbagai
jenis burung yang menunjuk bakat menyelam mereka seperti itik dan angsa.
Kejadian ini dipamerkan di sungai yang indah dan tenang. Selain daripada
menyelam, burung-burung ini juga menunjukkan bakat meluncur mereka. Kami telah
mendapat banyak informasi tentang burung-burung akuatik ini. Burung-burung ini
juga seperti manusia dimana mereka harus menyesuaikan diri di tempat baru.
Di pameran World of Darkness, terdapat
pelbagai jenis burung hantu seperti burung hantu salji, burung hantubikan
melayu dan juga burung hantu boobook. Di pameran ini burung hantu yang menarik
perhatian kami adalah burung hantu salji kerana teksturnya dan matanya yang
menawan. Kami mempelajari bahawasanya mereka mempunyai penglihatan binokular
dan juga pengdengaran yang luar biasa. Mereka adalah pemangsa pada waktu malam.
Disebabkan itu mereka boleh dengar mangsa mereka daripada jauh, walaupun hanya
binatang yang kecil. Manusia sendiri tidak mempunyai pendengaran yang luar
biasa ini. Burung hantu ini akan bangun ketika kami sedang tidur dan, sedang
kami sibuk bekerja giliran mereka pulanuntuk rehat.
Bukan itu sahaja, kami turut
melawati acara 'Shows and Feeding'. Acara tersebut mempunyai waktu-waktu yang
tertentu kerana binatang-binatang disana seperti burung-burung yang ganas harus
dibelai seperti memberikan mereka makanan ataupun 'hadiah' supaya mereka tidak
akan merosakkan acara tersebut. Juga, mereka harus melatih binatang tersebut
supaya acara tersebut akan dijalan dengan lancar sekali.Sebelum acara itu
dimulakan, hos telah memberikan syarat-syarat dan peraturan semasa acara itu
dijalankan supaya tidak mengganggu binatang dan penonton yang lain ,seperti,
tidak boleh memberikan makanan kepada binatang-binatang disana dan
senentiasa berada dalam keadaan berduduk supaya dapat mengelakkan dari kecederaan
dan sebagainya.
Selepas tamatnya acara tersebut, kami hanya berjalan-jalan dan mengambil
gambar supaya menjadi kenangan. Bahkan tetapi, semasa waktu itu, kami mendapati ada suatu tempat
yang telah menarik perhatian kami juga. Ia adalah
‘Flamingo Lake’ atau ‘ Flamingo Pool’. Ia telah menarik perhatian
kami kerana burung tersebut adalah
seekor burung yang sungguh unik dari segi warna badannya, strukturnya iaitu
kakinya panjang, mulutnya muncung panjang badannya berwarna merah jambu dan
bermacam-macam lagi. Palingm menarik ialah apabila ada yang sedang berasmara
dana iaitu mereka akan membuat bentuk hati antara mereka sendiri .
Akhir sekali, kami percaya tempat seperti
taman haiwan juga adalah salah satu tempat yang baik untuk pelajaran. Ini kerana
taman haiwan mempunyai pelbagai jenis haiwan, daripada yang kecil hinggalah
yang besar. Tidak seperti taman burung jurong di mana kami hanya mempelajari
tentang burung-burung sahaja dan bukan haiwan lain seperti harimau dan buaya.
Seperti yang dikatakan, kami berasa
gembira amat jika kami diberi peluang untuk ke tempat lain seperti taman haiwan
ini untuk mempelajari banyak informasi yang baru tentang haiwan-haiwan ini.
Kami tentu akan berfikiran luas tentang mereka dan menyayangi mereka seperti
haiwan-haiwan pelihara(kucing) bukan membenci mereka.
TERIMA KASIH ^^
No comments:
Post a Comment